Kempen Penghayatan Ramadhan 2009 – فاسْتَبُِقوْا اْلخَيْرَات :: The Race to Ace

KEMPEN RAMADHAN copy

Hati ini berderbar-debar, telingaku seolah-olah dapat mendengar setiap degupan jantungku yang kencang memukul-mukul dadaku dari dalam. Mengetuk-ngetuk dadaku seperti Allah mengetuk hati-hati manusia yang masih tidak sedar-sedar akan hakikat kehidupan walau seribu penjelasan diberi, diulang dan diulang dalam kitab-Nya yang suci.

Hatiku ini seolah-olah menjerit, mengingatkanku akan realiti ketibaan tetamu yang sangat-sangat ditunggu oleh ramai umat Islam di seluruh dunia. Satu tetamu yang sungguh dirindui oleh bukan calang-calang manusia, tetapi, Ar-rasul itu sendiri, sahabat-sahabat baginda sallahu ‘alaihu wasallam, dan juga manusia-manusia hebat lain yang seringkali lidah ini mengaku menjadi ikon dalam hidupnya, tetapi amat sedikit amalan dan akhlaq ini menggambarkan pengakuan tersebut. Hipokrit.

Tetamu ini membawa begitu banyak hadiah dan ganjaran yang sangat sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk material dunia hari ini, penganugerahan khas buat mereka yang menyambut dan melayannya dengan penuh ikhlas dan taqwa. Hanya jiwa dan aqal yang sihat sahaja yang dapat mengerti hakikat keistimewaan dan keberkatan yang datang bersama-sama dengan tetamu ini.

Rasulullah sehingga mengajarkan doa kepada kita supaya dapat ditemukan dengan tetamu ini setiap tahun. Para sahabat sudah pun melakukan persiapan untuk menyambut tetamu ini 6 bulan sebelum ketibaannya. Bukti-bukti sirah yang menceritakan betapa tingginya nilai tetamu ini kepada umat Muhammad. Teringat ketika solat terawikh pada malam pertama tetamu ini tiba beberapa tahun yang lepas di masjid Newcastle, disebabkan terharunya imam pada waktu itu kerana dizinkan Allah subhanahu wata’ala untuk bertemu dengan tetamu ini, teresak-esak sampai tidak mampu untuk membaca walau al-fatihah sekali pun, terlalu gembira.

Hatiku sekali lagi bergoncang. Bukan melonjak kegembiraan, malah sebaliknya. Hatiku seperti berteriak memanggil-manggil empunya diri, “Mengapa engkau masih tidak sedar yang Ramadhan hampir tiba? Mengapa engkau masih tidak rasa apa-apa, malah jauh sekali daripada untuk membuat sebarang persiapan untuk menyambut tetamu ini? Samakah effortmu dengan pengakuan lidahmu tentang tingginya nilai Ramadhan ini? Adakah engkau mendengar? Adakah Allah sudah pun menutupku darimu? Adakah Allah sudah pun menyumbatkan telingamu daripada mendengar tangisan kecilku ini? Hello?” soal hati yang sentiasa teguh dengan lumrah…..

Assalamualaikum wbt rakan-rakan sekalian. Minta maaf dgn intro yang agak panjang di atas ^_^. Bagi menyambut kedatangan tetamu yang bernama Ramadhan dan juga sebagai perancangan untuk melayan tetamu kita yang sangat-sangat dirindui ini, Insya Allah FAMSY-NUIMS akan mengadakan kempen penghayatan Ramadhan. Apa yang kita dah prepare untuk bulan ini mungkin tidak signifikan untuk ditanya jika hati ini masih lagi tidak merasai kehangatan Ramadhan itu sendiri. Namun, insya Allah kempen ini diharap dapat memberi semua warga muslim novocastrians, terutamanya komuniti kecil Malaysia, semangat unutk berlumba-lumba merasai kehangatan tersebut, dan supaya Ramadhan kali ini tidak berlalu pergi dengan penuh penyesalan, sesuai dengan temanya: Fastabiqul Khoirat – The Race to Ace. Berikut adalah sedikit maklumat tentang kempen ini dan insya Allah kita akan adakan disukusi khas untuk kempen penghayatan Ramadhan pada malam 1 Ramadhan 1430 (Malam Ukhuwwah Nite Pertama) di 35 Fussell (brothers) dan Jesmond Hall (sisters):

Kempen Penghayatan Ramadhan 2009

Tema: فاسْتَبُِقوْا اْلخَيْرَات – The Race to Ace

Matlamat utama bulan Ramadhan: Mendekatkan lagi hati dan diri kepada Allah dalam bulan Ramadhan

Objektif Kempen: Mencapai matlamat utama bulan Ramadhan dengan:

1.Menaikkan semangat untuk beramal dan berlumba-lumba dalam melakukan kebajikan dalam bulan yang mulia ini
2.Mewujudkan bi’ah solehah yang melahirkan suasana beramal sepanjang bulan Ramdhan dengan istiqamah/konsisten
3.Menghiasi/memenuhkan Ramadhan dengan amal setiap individu Muslim

Anjuran: FAMSY-NUIMS

Framework:
1.Individu Muslim
2.Baitul/rumahtangga Muslim
3.Komuniti Muslim

Wadah/platform rasmi:
1.Blog Ramadhan Newcastle – https://ramadanewcastle.wordpress.com
2.Kempen Aku Peduli – http://akupeduli.org/blog/

Akhir bicara, marilah beramal kerana-Nya, bukan kerana Ramadhan. Hanya Dia yang kekal dan Ramadhan tetap akan pergi.

Selamat menyambut Ramadhan ^_^
::FAMSY-NUIMS::

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: