Archive for the ‘Ramadhan Reminders’ category

Kedudukan Solat Sunat

September 12, 2008

Assalamualaikum bros and sis..moga2 sedang sibuk berlumba2 membuat kebaikan di bulan yang mulia ini..Sedikit motivasi bagi mereka yang malas beramal, juga accelerator bagi mereka yang sedang beramal..

Whoever prays twelve rak’ahs of prayer voluntarily in a day and night, Allah will build him a house in Paradise.

[Sahih Muslim 1/503]

Allah Says: “My servant approaches Me with nothing more beloved to Me than what I have made obligatory upon him, and My servant keeps drawing nearer to Me with voluntary deeds until I Love him. And when I love him, I am his hearing with which he hears, his sight with which he sees, his hand with which he seizes, and his foot with which he walks. If he asks Me, I will surely give to him, and if he seeks refuge in Me, I will surely protect him.”

[Fathul Bari]

The first thing which the people will be called to account for of their actions on the Day of Judgment is their prayer. If it is in a good state, he is successful and has passed. If it is in a bad state, he has failed and has lost. Allah will then Say: ‘See if there are some optional prayers that can compensate for the deficiency in his obligatory prayer!’ Then, all the actions will be dealt with similarly.

[Sahih Tirmidzi]

Sama2lah kita berusaha membina sekurang2nya 30 rumah di syurga pada bulan ini, meminta sebanyak2 rahmat, keampunan dan perlindungan dariNya serta menyediakan pahala2 ‘top-up’ kepada amalan2 fardhu kita apabila kita memerlukannya suatu masa di akhirat nanti..

wallahu a’lam..

Team KPR

Dalil-dalil Kelebihan Ramadhan al-Mubarak

September 10, 2008

Subhanallah..memang worldwide sale nampaknya Ramadhan ni..

Team Kempen Penghayatan Ramadhan 2008 mengajak bros and sis untuk same2 kita berusaha menghafal dalil2 berkenaan bulan puasa. Moga-moga kita menjadi hamba yang beramal dengan kefahaman. Bukankah nilai seorang ulama (org yang memahami) lebih bernilai dari 1000 abid (org yang hanya kuat beramal je tanpa kefahaman)?

Sama2 kite renungi.

Muliakan Tetamu Anda (3)

August 30, 2008

Khutbah Rasulullah SAW menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Wahai manusia, sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkat, hormat dan maghfirah. Bulan yang mulai di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-ham yang paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan olehNya. Di bulan ini nafas2mu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal2mu diterima dan doa2mu diterima. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dgn niat yg tulus dan hati yg suci agar Allah membimbingmu utk melakukan puasa dan membaca kitabNya.

Celakalah org yg tidak mendapat ampunan Allah di bulan yg agung ini. Kenanglah dgn rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersdekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah org tuamu, sayangilah orang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihanilah anak2 yatim, nescaya akan dikasihi manusia anak2 yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa2mu. Angkatlah tgn2mu utk berdoa pada waktu solatmu kerna itulah saat2 yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba2Nya dgn penuh kasih. Dia menjawab ketika mereka menyeruNya, menyambut mereka ketika mereka memanggilNya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepadaNya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri2mu tergadai kerana amal2mu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung2mu berat kerana beban dosamu, maka ringankanlah dengan memperpanjangkan sujudmu.

Ketahuilah Allah taala bersumpah dgn segala kebesaranNya bahawa Dia tidak akan mengazab org2 yg solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dgn neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbal Alamin.

Wahai manusia, barangsiapa di antaramu memberi buka kpd org2 mukmin yg berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dgn membebaskan seorg hamba dan dia diberi ampunan atas dosa2 yang lalu.

(seorg sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.” Rasulullah meneruskan khutbahnya, “Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.” )

Wahai manusia, siapa yg memperbaiki akhlaqnya di bulan ini, ia akan berhasil melalui Siratul Mustaqim pada hari2 di mana kaki2 tergelincir. Siapa yg meringankan perkerjaan org2 yg dimiliki tangan kanannya (pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan penghisabanNya di hari kiamat. Barangsiapa menahan marahnya di bulan ini, Allah akan menahan murkaNya pada hari ia berjumpa denganNya.

Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dgnNya. Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dgn rahmat Nya pada hari ia berjumpa dgnNya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmatNya pada hari ia berjumpa dgnNya.

Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah menuliskan baginya kebebsan dari api neraka. Barangsiapa melakukan solat fardhu baginya ganjaran spt melakukan 70 solat fardhu di bulan lain.

Barangsiapa membanyakkan selawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan2 lain.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu2 syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kpd Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu2 neraka tertutup, maka mohonlah kpd Rabbmu utk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan2 terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.

(Aku-Ali b Abi Talib yg meriwayatkan hadith ini- berdiri dan berkata, “Ya Rasulullah, apa amal yg paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi, “Ya Abal Hasan, amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah.”)

Muliakan Tetamu Anda (2)

August 30, 2008

Salam Penantian.

Bagaimana perasaan anda semua?

Esok atau lusa adalah hari pertama Ramadhan. Bagi Team Kempen, butterflies in the stomach tidak mampu dibendung. Keresahan, ketidak-ketahuan, gundah-gulana dan sebagainya menguasai perasaan kami. Terasa seperti Majnun yang rindukan Laila pula. 🙂 Mungkinkah perasaan2 ini adalah bukti bahawa perasaan cinta kepada tetamu agung itu wujud dalam diri? Sekian lama tidak berjumpa, esok lusa bakal ketemu. Adakah perasaan2 kurniaan Allah ini adalah ‘teaser’ kepada perasaan yang lebih hebat jika kita berjaya mencapai matlamat Ramadhan?

Team Kempen menyeru semua untuk membersihkan jiwa, melakukan taubat, memikirkan strategi dan mempersiapkan fizikal demi menyambut tetamu agung kita ini. Bukankah kita akan mengemas rumah jika ada tetamu nak datang? Seringkali toilet dicuci supaya kelihatan indah berseri. Takut2 tetamu tidak mahu datang lagi jika bau toilet yang busuk. Bukankah kita akan plan bersungguh2 apa nak buat bila tetamu kita datang? Nak jamu apa, nak ajak buat ape supaya ‘fun’ dan ‘worth it’ kedatangan tetamu kita.

Sama2 kita sedari nilai tetamu agung ini. Sama2 kita menyambut tetamu agung ini sehebat mungkin.

Salam Taqwa,

Team Kempen Penghayatan Ramadhan.

Muliakan Tetamu Anda (1)

August 28, 2008

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasululllah SAW telah bersabda:

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam, barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia menghormati jiran tetangganya, barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya.

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sama2 kita muliakan tetamu agung kita, Ramadhan al-Mubarak.