Archive for the ‘diary ramadan’ category

Hari 2-5

September 5, 2008

Assalamualaikum Newcastle..

Salam cinta dan kasih pada mereka2 yang terus merindui akan kehadiran diriku. Jutaan kemaafan kerana mengasingkan diri selama 4 hari ini. Sejak hari pertama puasa, terasa hubunganku dengan shbt2 sangat akrab. Terawih pertama, sahur pertama, puasa pertama, iftar pertama memberikan makna yang terlalu mendalam pada hubungan kita. Dalam keasyikan kita beramal bersama2, aku sempat merenung sendirian, ketika syahdu malam pertama menjelma, aku terfikir..Adakah amal aku hari ini diterima Allah sebagai amal2 yang ikhlas? atau pun amal2 aku pada hari pertama aritu, sekadar mengikut rentak musim dan kawan2..Aku tak boleh tidur malam itu. Aku risau puasa aku pada hari pertama aritu kerana terlalu semangat mengisi kotak2 mutabaah amal..aku risau terawih aku tadi tiada ganjaran dari Allah, sekadar penat dan ngantuk..menjelang subuh hari kedua..aku telah nekad..aku nekad untuk mengasingkan diri dari kwn2 buat sementara…

Muhasabahku sebelum subuh telah membuatkan aku terasa perlu bersama dengan Tuhanku sendirian..aku perlu berkongsi kelazatan puasa dan amal2ku yang lain ini bersama dengan Tuhanku..hanya dengan Tuhanku..aku nekad untuk mengasingkan diri untuk bersama dengan Allah..supaya hatiku benar2 ikhlas untukNya..

Dalam aku mengasingkan diri 2-3 hari yang lepas, aku teringat tazkirah shbtku 2 tahun lalu, ketika datang bulan yang mulia ini, sahabat aku bercerita..”shbt..salafus soleh generasi terbaik dahulu, bila datangnya bulan Ramadhan, sebhgn dari mereka akan mengucapkan selamat berpisah kepada sbhgn yang lain, dan mereka hanya akan bertemu kembali di pagi Hari Raya..” Aku terkesan. Bagaimana para shbt (radhiAllahu Anhum) benar2 merasakan bulan ini sebagai bulan untuk beribadah. bulan untuk melaksanakan siyam dan qiyam. dan mereka hanya mahu bersama dengan Tuhan mereka. Aku tersentak.

Moga2 Allah Taala memberikan kekuatan pada diriku dan shbt2 untuk benar2 beribadat kerana Allah..

sahabatmu kerana Allah,

Ramadhan Al-Mubarak

Advertisements

Hari 1

September 1, 2008

Assalamualaikum Newcastle.
Hari pertama bersama dgn shbt2 Newcastle. First impression saya bersama dgn kwn2 sgt best. Semua org kelihatan smgt berpose. Walau nampak cam penat, tapi smua org hepi. Says bangga mndpt layanan mcm ni. Malam smlm, lepas abis majlis smbutan, shbt2 tidur dgn niat utk bgn hari ni dan berpuasa dgn cemerlang.alhamdulillah rasanya ramai yg cemerlang. Seronok tgk shbt2 curi2 masa nak abiskan bacaan Quran inbetween kelas.Nak tick kotak kat Borg mutabaah Amal la katakan. Hmm..moga2 Allah membls amal2 shbt saya dgn ganjaran yg berlipat kali ganda. Ramai jugak shbt sy yg terkumatkamit baca doa before Iftar td. Harapnya Allah makbulkan doa diorg kat akhirat nnt.
Salam istiqamah..
Ramadhan al-Mubarak